❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Friday, 15 March 2013

✿ܓ .. Terima Kasih .. ^_^


Myza ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat dan rakan taulan yang memberikan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran Myza pada hari ini.. Ribuan terima kasih juga kerana turut mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kesihatan myza..


Tak lupa juga kepada rakan-rakan di alam maya ini..  Walaupun ianya sekadar di facebook, tetapi sebenarnya setiap ucapan serta doa memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan. Keikhlasan itulah membuatkan Myza terharu dan rasa dihargai..

Untuk rakan-rakan, Myza rasa Myza telah balas kesemua ucapan yang sahabat buat. Semuanya Myza sampaikan ucapan terima kasih.. Kepada semua rakan Myza, sempena hari lahir Myza ni, Myza ucapkan sekali lagi ribuan terima kasih dan semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan.. Aaminn.. 

nah , ambik bunga sekuntum ! hehe ^_^


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

No comments:

Post a Comment