❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Sunday, 7 April 2013

Perjalanan Aku Masih Jauh. Bantu Aku ya ALLAH.. ❤


Terfikir juga kadang-kadang kenapalah susah sangat nak berubah sebetulnya. Berubah ke arah kebaikan itu memang mudah tapi untuk istiqamah tu yang payah. Malu rasanya bila segalanya seolah hangat-hangat tahi ayam. Cemburu bila lihat rakan-rakan yang sudah berjaya ke arah penghijrahan. Kadang-kadang rasa nak menangis. Kenapalah aku tak sekuat mereka. Padahal peluang tu terbuka luas depan mata. Ya Allah, permudahkanlah segalanya, kuatkan hatiku..

Aku ingin jadi WANITA yang TABAH,
bila dalam kedukaan masih mampu mengukirkan senyuman.
Aku ingin jadi WANITA yang KUAT,
bila ada ujian yang datang mampu untuk hadapinya.
Aku ingin jadi WANITA yang SABAR,
bila ada yang menyakiti tidak melenting tak tentu arah.
Aku ingin jadi WANITA SOLEHAH,
agar segalanya menjadi sempurna.

Sebenarnya untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna segalanya harus bermula pada diri sendiri. Tidak pada orang lain. Semoga peluang untuk berubah itu masih ada buat kita. Usah kita terlalu leka sehingga peluang itu sudah tiada, kerana hidayah itu tidak akan datang selalu. Jadi bersyukurlah jika masih ada terdetik dalam hati untuk berubah. Waallahualam…


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

No comments:

Post a Comment