❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Friday, 8 March 2013

Tak Mudah !

TIDAK MUDAH tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..
tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..
tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah
sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..

TIDAK MUDAH memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA..
tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu,
hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

No comments:

Post a Comment