❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Friday, 25 April 2014

Belajar BERSABAR !

S.A.B.AR. Kata-kata yang mudah diucapkan tetapi susah dijalani. Tetapi alangkah indahnya hidup ini jika kita tetap belajar bersabar dalam menjalani ujian dan dugaan yang sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi, menerima kenyataan, dan menghadapi orang-orang disekitar kita. Kerana memang beginilah hidup.

Perjalanan hidup tak selalu mulus, tak selalu lurus. Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata ‘a bed of roses’ pun, duri-durinya tetap ada. Terkadang bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo.. Rasa macam dah tak mampu bangkit, rasa macam dah tak mampu hela nafas.. Namun setiap kehidupan manusia membawa nasib dan permasalahannya sendiri. Semua telah digariskan dengan takdirnya masing-masing oleh ALLAH.

Namun, mengapa hati masih juga seringkali merasa risau dan gelisah. Padahal telah berulang kali fikiran ini menanam prinsip hidup iaitu : BELAJAR BERSABAR..
Entahlah ..... !
Ya, aku hanya bisa berkata, namun aku sendiri tidak sabar apabila menerima nasib yang pahit, menjalani hidup yang terkadang rumit.

ya Allah, ajarkan aku bersabar dalam segala hal..
pupuklah diriku tentang sebuah kekuatan untuk melawan kegelisahan..

aamiin ya rabbal alamin…



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Monday, 9 December 2013

Aku Seorang Wanita..

Kerana aku seorang wanita..
Aku ingin dihormati selayaknya,
Aku ingin dihargai sebaiknya,
Aku ingin disayangi selembutnya,
Aku ingin dikasihi seadanya.

Kerana aku seorang wanita..
Aku punya harga diri walaupun aku lemah,
Aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa,
Aku punya perasaan walaupun sering terluka,
Aku punya kesabaran walaupun aku tercalar,
Aku punya kasih walaupun sering melara jiwa.

Kerana aku seorang wanita..
Aku sering di perlekehkan,
Aku sering di sakiti,
Aku sering di lukai,
Aku sering di lupakan,
Aku sering di abaikan.

Tapi satu perkara adam sering lupakan..
Kerana wanitalah binasanya adam,
Kerana wanitalah dunia bergolak,
Kerana wanitalah indahnya kehidupan,
Kerana wanita jugalah ilham tercipta,
Kerana wanitalah.

Kerana aku seorang wanita..
Aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran,
Aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan,
Aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati,
HANYA...
Kerana aku seorang wanita...
Inginkan kejujuran bukan kepalsuan,
Inginkan kebahagian bukannya penderitaan,
Ingin dihormati bukan dikasari,
Ingin di sayangi bukan di lukai..



·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Thursday, 28 November 2013

Terlalu...

Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang mungkin sukar untuk kita miliki.. 
Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu perkara itu berlaku sedangkan mungkin perkara itu sukar untuk berlaku..
Kadang-kadang kita terlalu berharap seseorang itu melakukan sesuatu demi kita sedangkan mungkin sukar untuk dia laksanakan..
Kadang-kadang kita terlalu berharap segala impian kita tercapai tanpa kita sedar ada banyak halangan yang perlu ditempuh untuk mencapai impian itu..

Lebih baik kita berharap agar segala yang kita rancangkan berjalan lancar.. 
Lebih baik kita melebihkan usaha daripada melebihkan pengharapan dan angan-angan.. 
Lebih baik kita berharap agar Allah menunjukkan dan mempermudahkan jalan bagi kita mencapai segala apa yang kita hajatkan.. 
In shaa Allah, perasaan kecewa apabila kegagalan berlaku akan dapat dikurangkan.

Mungkin kita perlu untuk tidak terlalu mengharap.. Takut nanti perasaan terlalu berharap itu akan mengecewakan diri kita sendiri.. 



·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Thursday, 7 November 2013

Pray For GAZA..

Syahid will be yours Palestine. Doakan mereka supaya mereka terus kuat untuk mempertahankan islam. Dan kita yang Islam tak perlu sibuk bergaduh sesama Islam.. Let's pray for Gaza.

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah ! "

Kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan berdoa. :)



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Tuesday, 5 November 2013

Bila Hati Diguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati dan mencabut rasa tenang seseorang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati sesiapa, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk bersilaturrahim, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

 ·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Friday, 11 October 2013

Aku Hanya Mampu Berdoa..


Aku tahu kau menderita..
Aku mengerti kau sengsara..
Aku fahami kau merana..

Namun apa yang aku mampu..

Bila kau kata kau menderita..
Aku hanya mampu berdoa agar kau terus tabah.. 

Bila kau kata kau sengsara..
Aku hanya mampu berdoa agar kau terus gagah..

Bila kau kata kau merana..
Aku harap kau tidak terus mengalah..

Semoga ALLAH terus memberikanmu kesempatan diatas segala kesempatan..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Saturday, 27 July 2013

Sombongnya aku ya اَللّهُ..

Sombongnya aku ya اَللّهُ..
Hanya kerana aku sedang sibuk dengan urusanku..
Panggilan_MU aku abaikan..
Padahal nikmat berupa nafas saja aku tak mampu menghitungnya..

Sombong sekali aku ya اَللّهُ..
Kerana telah berulang kali KAU beri nikmat, aku hanya mengucap alhamdulillah..
Tanpa pernah mengerti KAU beri nikmat agar jiwa ini tahu rasa berterima kasih dan bersyukur.. Bukan sekadar ucapan..

Ya اَللّهُ..
Mungkin jika kau tunjukkan kekotoran hati ini, maka hatiku lah yang paling hitam legam.. Tapi Engkau begitu bijak meletakkan semua aibku didalam..
Agar tak ada yang mampu melihat kebusukkanku..

Ya اَللّهُ..
Hari ini, saat aku membaca pesan ini, izinkan aku bersujud panjang diatas sejadahku..
Menangisi setiap waktu yang ku tinggalkan hanya untuk hal dunia yang menyesatkan..
Engkau Yang Maha Pengampun, Maha Suci, dan Maha Besar...
Tiada daya upaya yang mampu melampaui kekuasaan_MU..
Aku lemah ya اَللّهُ...
Maafkan aku.. 
Ampunkan aku..

“ Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka innii kuntum minazhzhaalimiin “


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D