❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Monday, 4 March 2013

❤ Kehidupan ❤


Kata Mereka …
Kehidupan ini sebuah perjalanan ..
Disetiap derap langkah ,
Kita akan temui dan lalui pelbagai perkara baru yang bisa mematangkan ..

Kata Dia …
Kehidupan ini umpama roda yang berputar ..
Kadang-kadang kita di atas ,
Kadang-kadang kita di bawah ,
Kadang-kadang kita memintas ,
Kadang-kadang kitalah yang paling last !

Tapi Kata Aku …
Kehidupan tak ubah seperti drama ,
Macam-macam ada …
Terlalu banyak babak-babak yang harus dijalani..

Jika babak seperti gembira, bahagia, dan senang hati akan membuat pelakunya mengukirkan senyuman .. Tapi jika babak seperti sedih, duka, dan sengsara akan membuat pelakunya diancam murung .. Disetiap babak itu akan bersilih ganti setiap masa selagi hayat dikandung badan ..

Banyak perkara yang tak dapat kita duga ..
Ada masanya kita tumpas biarpun kejayaan hanya didepan mata ..
Ada ketikanya kita berjaya walau terpaksa redah lautan bergelora ..

Kita boleh kata apa sahaja mengenai hakikat hidup ..
Kita boleh diskusikan apa sahaja tentang realiti hidup ..
Setiap orang ada persepsi masing-masing ..

Namun ,
Kita semua tahu ..
Kita semua percaya tentang satu perkara ..
Walau perit, walau sakit, walau sukar ,
Sesuatu dugaan hidup itu ,
Kita tetap perlu menempuhnya !


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

No comments:

Post a Comment