YA
ALLAH...
Begitu
pantas masa ini berlalu.. Pejam celik, pejam celik.. Daku kini semakin dewasa
meniti usia dalam mencari sebuah kehidupan.. Dalam keperitan tetapi daku masih
berpijak di bumi ini dalam mencari kebahagiaan.. Begitu pantas masa berlalu..
Hari ini usiaku bertambah lagi.. Semoga hari-hari yang daku lalui sentiasa
dirahmatinya.. In shaa Allah..
Doaku Sempena Hari Yang Indah
Ini..
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan..
Terima
kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan..
Terima
kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan..
Terima
kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan..
Sesungguhnya
terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..
Dan
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu..
ya
Allah..
Panjangkanlah
umurku untuk aku terus beribadah padamu.. Restuilah aku selalu agar setiap
amalku mendapat rahmatMu.. Terimalah taubatku agar aku berada dikalangan
orang-orang yang tidak lalai dan rugi.. Murahkanlah rezekiku..
Selamatkanlah aku didunia ini dari penyakit yang merbahaya dan
malapetaka.. Tabahkan hatiku dalam mengharugi setiap dugaanMu.. Berilah
aku kesihatan yang baik ya Allah.. Berikan aku kebahagiaan yang engkau
kehendaki padaku..
Engkau
tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf
menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.. Namun begitu besar
kasihMu.. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut
merungut ketika saat-saat lemahku datang.. Aku tidak pernah menafikan
hakMu sebagai Khaliq, walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan
kesakitan yang amat pedih..
Ampunkan
aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu..
Kalau
bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?
Aku
tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah..
Namun
aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah..
Adakalanya
aku kurang kesabaran.. Ada masanya aku goyah keimanan..
Ada
masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.. Namun dengan limpahan kasih
sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan..
ya Muhaimin..
Pimpinlah
tangan hamba-Mu ini.. Pimpinlah diri hamba-Mu ini..
Pimpinlah
hati hamba-Mu ini supaya sentiasa menuju ke arah jalan kebenaran.
ya
Al Quddus..
Sebagai
hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah
aku.. Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu belajar bersyukur diatas setiap
kurniaan dan anugerah-Mu..
Terima
kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini..
ya
Allah..
Cukuplah
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.. Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yang daif ini.. Jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat.. Peliharalah aku ini agar terus berpegang
teguh pada taliMu.. Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di
bumiMu ini ya Al Mudzill.. Aamiin
Ya Rabbal Alamin.. ❤
·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



.jpg)

No comments:
Post a Comment