Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih
baik daripada bercakap di belakang, Belajarlah menerima sindiran walaupun
sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku
pernah melukakan hati dan mencabut rasa tenang seseorang. Mungkin kata-kataku
sungguh menyakitkan hati sesiapa, tiada apa yang aku persembahkan melainkan
huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan
ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati
itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi,
menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk
bersilaturrahim, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih
menenangkan hati. Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang
tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang
mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang
mencintai kita di akhirat.
·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



.jpg)
No comments:
Post a Comment