Terfikir
juga kadang-kadang kenapalah susah sangat nak berubah sebetulnya. Berubah ke
arah kebaikan itu memang mudah tapi untuk istiqamah tu yang payah. Malu rasanya
bila segalanya seolah hangat-hangat tahi ayam. Cemburu bila lihat rakan-rakan
yang sudah berjaya ke arah penghijrahan. Kadang-kadang rasa nak menangis.
Kenapalah aku tak sekuat mereka. Padahal peluang tu terbuka luas depan mata. Ya
Allah, permudahkanlah segalanya, kuatkan hatiku..
Aku
ingin jadi WANITA yang TABAH,
bila dalam kedukaan masih mampu mengukirkan
senyuman.
Aku
ingin jadi WANITA yang KUAT,
bila ada ujian yang datang mampu untuk hadapinya.
Aku
ingin jadi WANITA yang SABAR,
bila ada yang menyakiti tidak melenting tak tentu
arah.
Aku
ingin jadi WANITA SOLEHAH,
agar segalanya menjadi sempurna.
Sebenarnya
untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna segalanya harus bermula pada diri
sendiri. Tidak pada orang lain. Semoga peluang untuk berubah itu masih ada buat
kita. Usah kita terlalu leka sehingga peluang itu sudah tiada, kerana hidayah
itu tidak akan datang selalu. Jadi bersyukurlah jika masih ada terdetik dalam
hati untuk berubah. Waallahualam…
·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



