❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Sunday, 3 February 2013

★ Cinta Sesaat ★


ya ALLAH..
Jika cinta ini hanya kerana pandangan pertama..
Janganlah Engkau memberi aku kesempatan untuk pandangan selanjutnya...

ya ALLAH..
Jika sayang ini hanya kerana pertemuan pertama..
Maka janganlah Engkau mengatur pertemuan selanjutnya...

ya ALLAH..
Jika getaran ini hanya kekaguman saat pertama berjumpanya..
Janganlah Engkau memberi getaran diperjumpaan selanjutnya...

ya ALLAH..
Jika rasa ini kerana nafsu semata kerana melihat apa yang ada padanya..
Janganlah Engkau merencanakan kesempatan untuk melihatnya dihari berikutnya...

Tapi
Jika Rasa ini..
Cinta ini..
Sayang ini..
Getaran ini..
Kekaguman ini..
adalah keranaMU....

Maka izinkanlah cinta ini berlabuh padanya..
Jika memang namanya telah tertulis di Lauhul Mahfudz..
Andai memang Dia yang telah Engkau takdirkan..
Untuk menjadi pelengkap kekuranganku....

 ya ALLAH...
Tiada cinta yang indah selain cinta keranaMU...
Jauhkanlah aku dari cinta sesaat....
Aamiin... 


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠·

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

No comments:

Post a Comment