❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Saturday, 27 July 2013

Sombongnya aku ya اَللّهُ..

Sombongnya aku ya اَللّهُ..
Hanya kerana aku sedang sibuk dengan urusanku..
Panggilan_MU aku abaikan..
Padahal nikmat berupa nafas saja aku tak mampu menghitungnya..

Sombong sekali aku ya اَللّهُ..
Kerana telah berulang kali KAU beri nikmat, aku hanya mengucap alhamdulillah..
Tanpa pernah mengerti KAU beri nikmat agar jiwa ini tahu rasa berterima kasih dan bersyukur.. Bukan sekadar ucapan..

Ya اَللّهُ..
Mungkin jika kau tunjukkan kekotoran hati ini, maka hatiku lah yang paling hitam legam.. Tapi Engkau begitu bijak meletakkan semua aibku didalam..
Agar tak ada yang mampu melihat kebusukkanku..

Ya اَللّهُ..
Hari ini, saat aku membaca pesan ini, izinkan aku bersujud panjang diatas sejadahku..
Menangisi setiap waktu yang ku tinggalkan hanya untuk hal dunia yang menyesatkan..
Engkau Yang Maha Pengampun, Maha Suci, dan Maha Besar...
Tiada daya upaya yang mampu melampaui kekuasaan_MU..
Aku lemah ya اَللّهُ...
Maafkan aku.. 
Ampunkan aku..

“ Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka innii kuntum minazhzhaalimiin “


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Wednesday, 10 July 2013

Ya Allah, Ajarkan Aku Erti Kesabaran..

Bismillahirrahmanirrahim..

Astaghfirullahal'azim . Astaghfirullahal'azim.  Astaghfirullahal'azim.

Semoga perasaan marah + bengang + sakit hati ini segera reda.

Tiada sekecil-kecil perkara yang berlaku tanpa pengetahuan Dia. Allah memang dah izinkan perasaan ini hadir dalam diri saya ! Ya, memang saya yang silap. Saya terlalu ikutkan hati dan rasa amarah. Semoga menjadi kifarah kepada dosa-dosa saya.

Mungkin saya marah sebab orang mempergunakan saya.
Mungkin saya bengang sebab orang memperlekehkan saya.
Mungkin saya sakit hati sangat sebab orang mencabar kewibawaan saya.

Tapi..

Saya tak tahu, mungkin ada orang yang lebih bengang daripada saya.
ya, benar. Saya tak tahu.

ya Allah, semoga aku terus bersabar.

Lafaz di bibir mudah, 'SABAR'. Yang menanggungnya jauh lebih perit. Sahabat-sahabat saya juga, mereka jauh lebih sabar daripada saya. Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan mereka.

Kata seorang ulama',

' bersyukur itu kadangkala lebih tinggi maqamnya daripada sabar '

Alangkah indahnya kalau diri ini mampu bersyukur di saat-saat diuji sebegini.
In shaa Allah. Bersyukur..

ya Allah, ku mohon ajarkan aku erti kesabaran atas setiap perisriwa yang berlaku.. Kemudian, ku mohon agar aku terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur.. Aamiin..

Sabar menahan kemarahan.
Sabar menahan mehnah.
Sabar menjalani ujian.
Sabar menahan diri dari lakukan dosa dan maksiat.
Sabar dalam berdakwah dan melakukan kebaikan.
Sabar berhadapan dengan manusia.





TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Sunday, 7 July 2013

Marhaban Yaa Ramadhan...

. ... ★

..'''' 人
'  (___)
. ┃口┃
. ┃口┃
..┃口┃        ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)        .人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||


..ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat..

Teruskan Perjuangan, Maniskan Senyuman, Harumnya Keimanan,
Teguhkan Ketakwaan, Ampuni Kesilapan..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Friday, 28 June 2013

Bisikan Naluri...


• بِسْــــــــــــــمِاللهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْـــــمِ ❤

☆'•.¸✮ BISIKAN NALURI ☆☆'•.¸✮

✿¸.•Bila ada KHILAF pada diri ini,
maka TEGURLAH,
supaya diri ini tidak selamanya TERSESAT..

✿¸.•Andai ada jiwa yang terguris kerana
keterlanjuran bicara dari diri ini,
maka PERBETULKANLAH,
agar diri ini SEDAR dari KESILAPAN sendiri.

✿¸.• Dan janganlah terus DIAM dalam menuntun diri ini,
kerana diri ini masih perlukan BIMBINGANMU,
demi mencapai erti sebuah kehidupan...
In shaa Allah..



·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Wednesday, 26 June 2013

Kerana saya TIDAK CANTIK..


Kerana saya TIDAK CANTIK..

Alhamdulillah saya tetap harus bersyukur..

Kerana saya TIDAK CANTIK, saya harus lebih banyak bersyukur daripada mereka yang dikurniakan wajah CANTIK..

Kerana saya TIDAK CANTIK, Alhamdulillah saya dapat membantu mata lelaki agar lebih terjaga..

Kerana saya TIDAK CANTIK, saya dapat memelihara diri saya dari pandangan nafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..

Alhamdulillah, kerana saya TIDAK CANTIK, saya jadi tidak mengharapkan pujian dari lelaki dan wanita..

Alhamdulillah, kerana saya TIDAK CANTIK, pada akhirnya saya menemukan insan yang ikhlas mencintai dan menyayangi saya apa adanya..

Kerana saya tahu saya TIDAK CANTIK pada wajah dan pandangan manusia, maka saya harus belajar dan berusaha agar cantik pada pandangan Tuhanku ALLAH S.W.T..

Kerana bukan kecantikkan dunia yang menyelamatkan, tetapi kecantikan akhlak yang akan membawa kita menuju kebahagiaan diakhirat.. In Shaa Allah..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Thursday, 30 May 2013

Ajari Aku...

Ajari aku ikhlas untuk dapat merelakan,
ketika aku harus kehilangan..

Ajari aku sabar untuk bisa menerima,
ketika hatiku terluka..

Ajari aku tegar menghadapi semuanya,
ketika aku dalam ujian..

Ajari aku untuk tetap tersenyum menyembunyikan segalanya,
ketika aku dalam masalah..

Ajari aku untuk bisa bersyukur atas segala nikmat yang kuterima,
ketika aku sedang berbahagia..

ya Allah..
Ajari aku erti redha atas segala yang telah Engkau tetapkan.

Berikan aku keyakinan bahawa takdir-Mu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan..

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin…



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Tuesday, 28 May 2013

Izinkan Aku Menangis Ya ALLAH..


" ya Allah, tolong benarkan aku menangis.. Bukan kerana aku tidak redha, tapi kenyataan yang harus aku terima ini amat menyakitkan.. "

Entah mengapa airmata mengalir tanpa henti memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini, aku tidak kuat ya Allah, tidak kuat lagi ya Allah, aku tidak mampu untuk melawannya sendiri.. Bantulah diriku ya Allah, pimpinlah diriku untuk bangkit semula, cekalkan hati dan semangatku.. Jangan Kau biarkan diriku menentukan nasibku sendiri walaupun sesaat ya Allah..

“ Tidak Engkau membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya “

Aku yakin dengan janji-Mu itu ya Allah, ujianmu ini untuk menguji keimanan dan kesabaranku.. Aku tahu, namun aku tidak mampu untuk meneruskan semua ini tanpa pertolongan dan hidayah dari-Mu ya Allah, bantulah aku ya ALLAH...


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D