S.A.B.AR. Kata-kata yang mudah diucapkan tetapi susah
dijalani. Tetapi alangkah indahnya hidup ini jika kita tetap belajar bersabar dalam
menjalani ujian dan dugaan yang sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi, menerima
kenyataan, dan menghadapi orang-orang disekitar kita. Kerana memang beginilah
hidup.
Perjalanan hidup tak selalu mulus, tak selalu lurus.
Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata ‘a bed of roses’ pun, duri-durinya tetap
ada. Terkadang bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi
dek ahli sumo.. Rasa macam dah tak mampu bangkit, rasa macam dah tak mampu hela
nafas.. Namun setiap kehidupan manusia membawa nasib dan permasalahannya
sendiri. Semua telah digariskan dengan takdirnya masing-masing oleh ALLAH.
Namun, mengapa hati masih juga seringkali merasa risau
dan gelisah. Padahal telah berulang kali fikiran ini menanam prinsip hidup
iaitu : BELAJAR BERSABAR..
Entahlah ..... !
Ya, aku hanya bisa berkata, namun aku sendiri tidak
sabar apabila menerima nasib yang pahit, menjalani hidup yang terkadang rumit.
ya Allah, ajarkan aku bersabar dalam segala hal..
pupuklah diriku tentang sebuah kekuatan untuk melawan
kegelisahan..
aamiin ya rabbal alamin…



