❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Thursday, 30 May 2013

Ajari Aku...

Ajari aku ikhlas untuk dapat merelakan,
ketika aku harus kehilangan..

Ajari aku sabar untuk bisa menerima,
ketika hatiku terluka..

Ajari aku tegar menghadapi semuanya,
ketika aku dalam ujian..

Ajari aku untuk tetap tersenyum menyembunyikan segalanya,
ketika aku dalam masalah..

Ajari aku untuk bisa bersyukur atas segala nikmat yang kuterima,
ketika aku sedang berbahagia..

ya Allah..
Ajari aku erti redha atas segala yang telah Engkau tetapkan.

Berikan aku keyakinan bahawa takdir-Mu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan..

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin…



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Tuesday, 28 May 2013

Izinkan Aku Menangis Ya ALLAH..


" ya Allah, tolong benarkan aku menangis.. Bukan kerana aku tidak redha, tapi kenyataan yang harus aku terima ini amat menyakitkan.. "

Entah mengapa airmata mengalir tanpa henti memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini, aku tidak kuat ya Allah, tidak kuat lagi ya Allah, aku tidak mampu untuk melawannya sendiri.. Bantulah diriku ya Allah, pimpinlah diriku untuk bangkit semula, cekalkan hati dan semangatku.. Jangan Kau biarkan diriku menentukan nasibku sendiri walaupun sesaat ya Allah..

“ Tidak Engkau membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya “

Aku yakin dengan janji-Mu itu ya Allah, ujianmu ini untuk menguji keimanan dan kesabaranku.. Aku tahu, namun aku tidak mampu untuk meneruskan semua ini tanpa pertolongan dan hidayah dari-Mu ya Allah, bantulah aku ya ALLAH...


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Tuesday, 7 May 2013

Jodod Saya ! ♥

Semalam awak hadir dalam hidup saya tanpa saya duga.. Awak ajar saya apa itu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu, awak didik saya apa itu cinta.. Tapi tiba-tiba awak tinggalkan saya sendirian ! Tanpa beritahu apa salah saya yang SEBENARNYA.. Kenapa ??

Awak ucapkan kata putus disaat-saat saya memerlukan awak dalam hidup saya, awak tinggalkan saya terkapai-kapai dalam mengejar cinta awak.. Awak ajar saya apa itu kasih, sayang, cinta dan rindu.. Tapi awak tak ajar saya bagaimana untuk lupakan awak disaat awak meninggalkan saya !

Hari ini, saya cuba jadi seorang yang kuat, cuba menjadi tekad sepertimana diri saya sebelum awk muncul dalam hidup saya. Andaikata , di “luh MAHFUZ“ memang sudah tertulis nama awak sebagai tulang rusuk saya, saya terima dengan redha dan ikhlas..

Namun jika yang lain tertulis, dan "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya mintak 1 sahaja daripada awak .. Doakan saya mampu lupakan awak, sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati, kerana dialah pelengkap buat kaki saya melangkah ke SYURGA..


 ·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Monday, 6 May 2013

Diam !


Katamu itu amat menikam bagai belati tajam hingga menoreh luka terdalam,
kadang2 kita tak sedar, dengan hanya sepotong ayat,
kita mampu membuatkan seseorang terluka sepanjang hayat..

Tak sanggup ku tahan kepedihan hingga mengugurkan titisan airmata..
Tembok kekuatanku runtuh dalam perang emosi !

Dalam diam ku kumpul impian, ku kumpul semangat.
Sambil menahan remuk disambar api kecewa,
ku curah air sabar dan redha.. Hatiku berperang di medan iman..

Diam bukan bererti kalah, bukan bererti salah.
Diam telah mengenalkanku antara jernih sabar dan hitam dendam.
Diam tidak bermakna aku mengalah,
kadang-kadang ia penyelesaian bagi masalah !

~ silent is better ~


 ·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Wednesday, 1 May 2013

" AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN SARA ! "


Sara.. Nama panggilannya sejak dari kecil. Sara sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Sara.

Suatu hari, Sara terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar lukisan diatas simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Sara tidak berpuas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya lebih jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Siti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Sara melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni??!"

Siti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Siti menjawab perlahan "tak tahu...saya tak tahu Tuan.."

"Duduk dirumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat??" herdik si isteri pula.

Sara yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Sara begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Sara buat ayahhh.. cantik kan..?" Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut tangan abahnya, manja..

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Siti segera memeluk Sara dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Siti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Siti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Siti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Sara bengkak. Siti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Sara.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Sara bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Sara di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Siti. Si ayah kononnya mahu mengajar Sara.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Sara, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Sara demam...". Jawab Siti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Sara mula merindui gelak tawa anaknya yang riang. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis diluar bilik. Selalunya Sara akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Sara sudah terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik, pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Sara sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Sara ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Sara sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren yang terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Sara bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik. Tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan demi keselamatan anaknya.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua belah tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Siti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. Ibu... Sara tak buat lagi. Sara tak mahu ayah pukul Sara lagi, sakit.. Sara tak mahu buat jahat lagi. Sara sayang ayah.. sayang ibu..". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Sara juga sayang Kak Siti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis... "Ayah.. bagilah balik tangan Sara. Kenapa ayah ambil.. Sara janji tak buat lagi! Sara nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Sara janji tak conteng kereta ayah lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Sara nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda..."


TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D