❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Friday, 11 January 2013

❤ Sayangilah Seadanya ❤

Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita.. Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?

Jodoh pertemuan semua Allah swt dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..

Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..

Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

P/s : Saya menyayangi semua orang, saya sayang kawan-kawan saya, sayang orang yang baik dengan saya. Tapi sayang tak bermakna cinta. Cinta hanya satu, tak mudah untuk jatuh cinta walaupun mudah untuk menyayangi. Sebab , cinta tu terlalu tinggi nilainya. Cinta tak boleh di paksa, tak boleh buat-buat cinta, tak boleh di jual beli, tak boleh cari di mana-mana. Ia hadir sendiri tanpa di rancang. Ramai orang keliru dengan cinta, sayang dan suka. Cinta adalah untuk hidup bersama dengannya selama-lamanya, tapi sayang dan suka cukuplah untuk menemani kita sahaja.

Cinta tak harus memiliki. Benar. Walaupun kita cintakan dia, mengimpikan untuk hidup bersama dengannya, tapi tak semestinya impian kita tu akan tercapai. Dalam perjalanan untuk hidup bersamanya, mungkin kita akan terjatuh, tergelincir sekaligus impian untuk hidup bersamanya tu hancur. Jangan biarkan kehancuran cinta tu menyebabkan kita menghancurkan tanggungjawab diri kita yang lain. Bangkit semula dan terima hakikat. Sebab itulah, berikan cinta kasih dan sayang kepada orang lain dengan bersederhana, sekadar secukup rasa..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠·

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D