❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Wednesday, 12 September 2012

♥● Ketika Harus Bertahan, Ketika Harus Melepaskan ●♥


Assalamualaikum …

Dear Sahabatku ..

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan.. ALLAH Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya ..

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.. Allah mengetahui, sedang kamu tidak... ( Al-Baqoroh 216 ) "
  
Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan, tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya...

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah sentiasa terbayang di fikiran kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata " Saya Sangat Menyayanginya ".

Ingatlah..
Melepaskan seseorang itu bukan bermakna berakhirnya kehidupan melainkan titik permulaan dari suatu kehidupan baru...

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak, yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, ia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata " tidak ada lagi yang dapat dipertahankan "
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa... namun kita telah memahami sesuatu...! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan...!!

  Seperti kata orang bijak ...
“ Kadang kadang Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum
mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan
kurniaNYA dan belajar daripadanya ... “



·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D