❝ ... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis.. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak.. Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.. Semoga menjadi tabah dan ditetapkan iman ... ❞

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~
"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata.. Disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan datangnya dalam diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan".
~Myza Mustafa~

.. Special For You ..

Wednesday, 12 September 2012

♥● Ketika Harus Bertahan, Ketika Harus Melepaskan ●♥


Assalamualaikum …

Dear Sahabatku ..

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan.. ALLAH Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya ..

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.. Allah mengetahui, sedang kamu tidak... ( Al-Baqoroh 216 ) "
  
Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan, tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya...

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah sentiasa terbayang di fikiran kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata " Saya Sangat Menyayanginya ".

Ingatlah..
Melepaskan seseorang itu bukan bermakna berakhirnya kehidupan melainkan titik permulaan dari suatu kehidupan baru...

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak, yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, ia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata " tidak ada lagi yang dapat dipertahankan "
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa... namun kita telah memahami sesuatu...! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan...!!

  Seperti kata orang bijak ...
“ Kadang kadang Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum
mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan
kurniaNYA dan belajar daripadanya ... “



·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Friday, 24 August 2012

❤ Salam Syawal, Salam Sayang ❤


Nostalgia dipagi raya pastinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi setiap individu. Sungguh indahnya suasana dipagi raya tatkala mendengar takbir raya yang syahdu, terasa jiwa ini amat mendamaikan. Seterusnya menghadirkan perasaan syukur ke atas limpahan kurniaan yang diberikan olehNya. Setiap insan pastinya ada pengalaman yang berbeza pada setiap tahun di Aidilfitri.. Tidak semua insan yang menyambut Aidilfitri dalam situasi penuh gemilang dan kegembiraan. Ada juga yang menyambut dalam suasana kesedihan, apatah lagi Aidilfitri tidak bersama dengan orang yang tersayang.


Saat yang paling bahagia dapat dirasa apabila saling bermaafan sesama keluarga dan sahabat handai. Walaupun mereka disekeliling dapat melihat senyuman yang terukir dibibir saya, namun mereka tidak tahu apa yang tersirat dihati saya.. Mereka melihat gelak tawa saya yang ceria dan menghiburkan, tapi mereka tidak tahu tatkala itu saya sedang menyulam hati yang retak seribu.. Jauh disudut hati saya, mahu saja saya menangis sekuat hati.. Saya sedang bertarung dengan diri saya sendiri, tak mudah! Allah saja tahu apa yang terbuku dihati.. Disebalik senyuman manis, tersimpan seribu kepedihan yang tersimpan rapi dalam hati saya, saya terpaksa sembunyikan kepedihan saya demi melihat senyuman dan kegembiraan mereka.. Kebahagiaan mereka menjadi sumber kekuatan saya untuk terus bertahan..

Usai solat sunat hari raya Aidilfitri dan bersama keluarga, saya dan adik lelaki bergegas ke kubur arwah ibu.. Lama kami berdua bersimpuh dihadapan tanah perkuburan arwah ibu selepas siap membaca surah Yassin dan sedekahkan al-Fatihah.. Tanpa disedari, airmata yang tertahan menitis jua dipipi saya demi melihatkan kubur arwah ibu yang sudah lama meninggalkan kami dua beradik.. Terlintas dihati saya, alangkah bertambah gembiranya kami kalau ibu masih bersama kami dan melihat kami semakin menginjak ke alam dewasa. Saya mengimpikan arwah ibu ada disaat-saat kami memerlukan seorang ibu yang mengusap airmata kepedihan kami menghadapi dugaan yang semakin mencabar, memeluk kami disaat-saat kami hampir rebah  tersungkur dengan masalah yang mampu mengugat ketenangan, menjadi tempat kami bermanja.. Alangkah! Namun saya tahu, itu cuma hanya mimpi.. Angah lebih kuat berbanding saya, dia mententeramkan saya dan mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Dan kami patut bersyukur kerana hidup kami tetap terjaga sempurna dengan orang yang masih menyayangi kami.. Saya terdiam lama, kaku.. Ya, ada benarnya apa yang diucapkan oleh angah.. Saya patut bersyukur dengan apa yang saya dah miliki.. Kami meninggalkan tanah perkuburan dengan hati yang sayu..

 ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa ibu sepanjang hayatnya, Kau sayangilah ibu sepertimana ibu menyayangiku, lindungilah ibu dari azab kubur, lapangkanlah tempat ibu disana dan Kau tempatkan arwah ibu dalam golongan orang-orang beriman.. Aminn ya Rabbal Alamin..  


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠



TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Sunday, 19 August 2012

✿ Biar dia SALAH SANGKA ✿


Biar dia salah sangka, biar dia salah anggap, biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada pada diri saya dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.. Apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini.. Biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.. Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU.. Namun saya masih punya MASA HADAPAN.. Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..


·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D

Friday, 17 August 2012

Tatkala Cinta Diungkap ! ❤

  ya Rabbul Izzati ,
padaMu jua nikmat rahmat terus ku pinta ,
doa kudus terus kupohon diperpanjangkan tanpa goyah ,
agar berilah aku peluang untuk terus mengungkap cinta buatMu ..
biarpun tidak sekudus cinta Rabiatul Adawiyah ,
nan pasti cintaku juga luhur kerana mohon belas kasihMu ,
agar aku terus disayangi dalam limpahan kasihMu tanpa henti ..
dalam bait-bait doa zikir yang dialun ,
segalanya kuserahkan buatMu ,
kerana hanya Engkau yang layak menerima
cinta tulus nan hakiki !
kukuhkan nuraniku agar terus kuperjuangkan
cinta kasihku yang satu hanya padaMu jua ..

·٠• ℳyzΔ ™ ツ •٠

TAHNIAH kerana anda berjaya membaca entry ini sampai habis ! :D